Bengkel Literasi Maklumat Minggu Pertama

03 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2018 Pusat internet Lubok Antu dan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada komuniti Lubok Antu, memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta bengkel mengenai perlaksanaan program Literasi Maklumat di perpusatakaan dan juga sebagai menyokong initiative Kerajaan Negeri agar rakyat dapat mengaplikasikan serta manfaat dengan sepenuhnya.

Melalui program ini disasarkan dan di harap dapat membantu pengguna dari segi mengenalpasti keperluan maklumatnya,mencari maklumat yang diperlukan, menilai maklumat yang telah diperolehi, mendedahkan kelebihan dan kebaikan laman web serta peserta mempelajari cara memasarkan produk mereka melalui laman web.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel literasi maklumat:

  • Pengenalan kepada laman web
  • Pendaftaran email atau facebook
  • Pendaftaran laman web menggunakan laman web Wix.com
  • Menghasilkan laman web perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali