Kelas Asas ICT Minggu Keempat

27 October 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 October 2018 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan kelas asas ICT pada jam 1.00 petang hingga 3.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Melalui kelas yang diadakan, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan Ms. Publisher dalam menghasilkan kad jemputan.

Para peserta telah diarahkan menghasilkan kad jemputan yang bertemakan Hari Krismas. Selain itu, kelas ini juga membantu para peserta membangunkan lagi kemahiran ICT yang sedia ada. Para peserta juga dapat mengeksplorasi kegunaan Ms. Publisher. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan caramah Klik Dengan Bijak & Advokasi.

Berikut merupakan butiran aktiviti yang dilaksanakan:

  • Ceramah KDB & Advokasi
  • Pengenalan kepada Ms. Publisher
  • Cara menghasilkan kad jemputan menggunakan Ms. Publisher
  • Proses menghasilkan kad jemputan oleh para peserta
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali