Kelas Microsoft Excel Minggu Ketiga
20 Disember 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Disember 2018, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama belia Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 2 orang peserta yang terdiri daripada belia pelajar sekolah Menengah dan pelajar lepasan SPM 2018. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga4.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan ICT kepada belia Lubok Antu,disamping tujuan membantu peserta cara mengendalikan excel dan manfaatnya dalampengurusan kerja dan dalam pengurusan harian.Dengan adanya kelas ini, Pusat Internet turutmengambil peluang memperkenalkan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internetkepada komuniti di kawasan Lubok Antu.Para peserta berpeluang mempelajari perkara asaspenggunaan excel dengan betul dan menghasilkan jadual dan carta ke dalam excel.Peserta jugamempelajari formula mudah dan cara menggunakan formula excel.Selain itu juga,denganmendedahkan program advokasi danklik dengan bijak juga dapat memberi peluang kepadapeserta tentang pengetahuan pentingnya hak dan tanggungjawab sebagai pengguna internet dan
media sosial pada masa kini.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas ICT:
1) Taklimat program advokasi dan klik dengan bijak
2) Tayangan video advokasi
3) Pengenalan kepada Microsoft excel
4) Mempelajari asas-asas seperti bahagian menu bar,column,row,cell dan nama bagi setiap
cell
5) Menukar format cell
6) Menghasilkan jadual jualan bulanan bagi perniagaan kedai runcit
7) Mempelajari cara pengiraan asas dan mudah dengan menggunakan formula excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: