Program Ceramah Keselamatan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sri Aman
15 April 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu kerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili dan Kp.Baru Spaoh mengadakan Program Ceramah Keselamatan Kebakaran pada 21 Mac 2017 bermula jam 10.00 sehingga 11.00 pagi bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mendidik staf PI Engkilili, PI Lubok Antu, PI Spaoh dan komuniti di Engkilili supaya peka dengan keselamatan ketika menghadapi kebakaran di tempat kerja, rumah dan sebagainya.
Peserta terdiri daripada 68 orang komuniti termasuk staf PI Engkilili,Lubok Antu dan kg.Baru Spaoh. Latihan seperti ini dapat melatih komuniti tentang kaedah untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran di dalam bangunan. Ini dapat memberi pengalaman langsung kepada staf PI dan komuniti di Engkilili untuk merasai bahayanya kebakaran. Disamping itu, latihan bersama komuniti ini dapat memberi peluang staf PI dan komuniti untuk mengenali lebih rapat lagi tentang agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.
Antara objektif dan maklamat program ini adalah menambahkan pengetahuan staf Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili, Lubok Antu dan Spaoh serta peserta dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran. Mendedahkan kepentingan menyelamat oleh agensi bomba dan dan agensi keselamatan lain. Melusakan minda dan pemikiran staf Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili, Lubok Antu dan Spaoh serta komuniti terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. Memberi pendedahan kepada peserta menerusi kempen Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penyalahgunaan internet di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa melalui ceramah KDB, tayangan video dan edaran flyers.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah Ceramah Advokasi dan Klik Dengan Bijak Ceramah Keselamatan dan Kebakaran ,Latihan kebakaran Pengungisan Bangunan dan Ceramah penggunaan alat pemadam api.Sepanjang program dijalankan, peserta sangat komited dan memberi kerjasama yang baik serta memberikan pandangan yang positif kepada aktiviti yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: