Mini Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu
03 December 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah mengadakan mini hari terbuka yang disertai seramai tiga puluh dua orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta kaum wanita. Mini Hari Terbuka ini diadakan pada 2 December 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan PI Lubok Antu kepada komuniti setempat yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.
Selain itu, program ini juga diadakan bagi tujuan memberi maklumat dan perkembangan ICT kepada masyarakat dengan pendedahan penggunaan teknologi secara inovasif dan kreatif dalam bentuk pertandingan yang bakal dijalankan. Tambahan pula, program yang diadakan juga untuk memberi pendedahkan kepada komuniti setempat dengan program usahawan agar dapat menarik minat mereka terutama golongan belia untuk menceburi bidang usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: