Asas ICT , Klik Dengan Bijak & Advokasi Minggu Ketiga
20 October 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah mengadakan taklimat asas ict yang disertai seramai empat belas orang pelajar SMK dan SK Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada 19 october 2017 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini diadakan bagi tujuan memperkenalkan ICT kepada para peserta. Antara tujuan lain kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta tentang jenayah siber. Para peserta didedahkan dengan modus operandi jenayah siber dan contoh-contoh jenaya siber yang telah berlaku agar mereka dapat mengambil tindakan yang tepat sekiranya berhadapan dengan perkara sedemikan di kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: