Kelas Microsoft Office(Excel) & INTEL Learn Easy Step
07 Januari 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan kelas Kelas Microsoft Office (Excel) dan Intel Learn easy step pada 06 Januari bermula jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.Tujuan kelas ini di adakan bagi membantu peserta mengenali fungsi dan cara menggunakan Mincrosoft excel disamping mempelajari cara membuat pengiraan dan menyimpan data dan maklumat ke dalam Excel.
Peserta terdiri daripada 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di sekitar kawasan Lubok Antu.Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta ialah mengenali asas Microsoft Excel,membuat pengiraan dan membuat carta.Peserta di ajar bagaimana untuk membuat pengiraan mengguna formula secara manual dan automatic dalam banyak sel ke dalam baris dan lajur yang sama.peserta juga membuat nlatihan membuat carta dan bar untuk membandingkan nilai dan jumlah.Akhir skali peserta di ajar bagaimana membuat carta pai bagi menunjukan hubungan bahagian dengan keseluruhan jadual.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: