E-learning (‘Quiz’/Education Games) Minggu Keempat
29 Julai 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu mengadakan E-learning( ‘Quiz’ dan ‘Education Games’ ) yang disertai seramai tujuh orang pelajar SMK dan SK Lubok Antu.Kelas ini diadakan pada 28 Julai 2017 bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan peserta dengan kaedah pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan.
Antara tujuan lain kelas ini diadakan adalah mengalakkan dan membolehkan peserta untuk mencipta soalan latihan kerja sekolah sendiri tanpa bergantung dengan latihan pelajaran di sekolah semata-mata.Selain itu juga,peserta dapat belajar menggunakan web atau aplikasi ‘E-learning’ dengan lebih menarik dan berkesan.Mereka dapat menghasilkan aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain.Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengenalan kepada ‘E-learning’ dan menjelajah aplikasi dan web ‘E-learning’ yang terdapat di laman web.Peserta berpeluang bersaing bersama rakan-rakan bermain dan menjawab soalan kuiz online.Antara laman web ‘E-learning’ yang digunakan semasa aktiviti ini adalah ‘Kahoot!’.Antara aktiviti tambahan yang dijalankan adalah tayangan video klik dengan bijak dan advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: