Klik Dengan Bijak & Advokasi, E-Learning (Kahoot!) Minggu Keempat
23 October 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet Lubok Antu mengadakan taklimat klik dengan bijak dan advokasi yang disertai seramai lima belas orang pelajar SMK dan SK Lubok Antu. Taklimat ini diadakan pada 22 oktober 2017 bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan Modul KDB & Advokasi.
Objektif utama taklimat ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran tentang cyber grooming di mana para peserta didedahkan dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan berlakunya cyber grooming. Manakala advokasi pula adalah untuk membantu peserta mengenal pasti keselamatan semasa membeli ataupun memiliki peranti digital.
Di samping itu, para peserta juga telah diperkenalkan dengan e-pembelajaran (E-learning) di mana para peserta di dedahkan dengan permainan berteraskan pembelajaran di atas talian iaitu Kahoot!. Antara tujuan utama para peserta diperkenalkan dengan permainan ini, adalah bagi mendedahkan para peserta dengan kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan yang bersesuaian dengan generasi sekarang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: