Bengkel Mentranformasi Pengelibatan Wanita Dalam Kegiatan Perladangan Ke Arah Projek Komersial
21 November 2017| Aktiviti Terkini
Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah mengadakan Bengkel Mentranformasi Pengelibatan Wanita Dalam Kegiatan Perladangan Ke Arah Projek Komersial yang disertai seramai seratus dua orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat. Bengkel ini diadakan pada 20 November 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi tujuan mempromosikan PI Lubok Antu kepada komuniti setempat yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar di samping merapatkan jurang antara PI dengan agensi kerajaan dan pertubuhan di Lubok Antu.
Selain itu, bengkel ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti peserta yang mempunyai pontensi untuk diketengahkan sebagai usahawan peladangnita. Para peserta juga diperkenalkan dengan agensi-agensi yang boleh membantu dari segi pinjaman modal dan kursus seperti TEKUN, MARDI, MARA, AGROBANK.
Sebagai aktiviti tambahan, para peserta juga telah diberikan sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan program Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu dan Over sharing) dan program Advokasi (Check your level dan E-waste).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: